Cyberjaya: Senibina Artistik


Dalam banyak benda yang saya suka mengenai Cyberjaya adalah bentuk bangunan yang begitu unik. Berlainan dengan bangunan di tengah ibu kota Kuala Lumpur, saya rasa tiada satu pun yang boleh digelar pencakar langit kerana rata-rata bangunan tidaklah begitu tinggi. Mungkin disebabkan oleh kawasan yang luas berbanding di Lembah Klang membolehkan senibina bangunan di sana dipamerkan dengan bangganya.

Berikut adalah beberapa bangunan yang sempat saya rakamkan: -

Lim Kok Wing






MDec


Century Square






Bangunan Komersial





Jambatan pun nampak cantik!



Perhentian teksi bas dan teksi pun sama!





10 Jawapan Paling Mengarut Untuk Peperiksaan!

Terjumpa post ini di salah sebuah blog. Saya terbayangkan reaksi guru yang menanda kertas jawapan tersebut. Samada ketawa pecah perut ataupun bengang tahap super. Apa pun saya memang tabik pada pelajar yang begitu berani memberikan jawapan sebegini. Walaubagaimanapun, adik-adik yang masih bersekolah jangan meniru aksi sebegini.














Ampang Menjadi Sasaran Utama Penjenayah?


Saya ingin mendedikasikan categori baru di blog ini -> Jenayah. Bukan apa, sejak kebelakangan ini, semakin menjadi-jadi kegiatan jenayah berhampiran kawasan rumah saya. Apa yang lebih menakutkan adalah, ianya berlaku berhampiran dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. Gila tak gila penjenayah zaman sekarang.

Jika anda membaca myMetro hari ini, artikel di muka hadapan yang bertajuk "Malam Berdarah" cukup menimbulkan rasa resah di hati saya. Mana tidaknya, beberapa bulan lepas berlaku kes bunuh betul-betul berhampiran tempat saya parking kereta. Nampaknya semakin menjadi-jadi kes bunuh di kawasan Ampang.

Malah baru-baru ini saya terlihat video di Youtube di mana berlaku kes samun menggunakan senjata di kawasan Taman Maluri. Nasib baiklah mangsa tidak diapa-apakan.



Suka ataupun tidak saya percaya bahawa penyelesaian kepada permasalahan ini adalah dengan menjalankan hukum hudud. Ini kerana penjenayah tidak lagi takut dengan hukuman sedia-ada. Saya berasakan bahawa pada pandangan penjenayah, "kalau kena tangkap, masuk penjara je, dapat makan free" dan banyak duit kerajaan (datangnya dari duit cukai rakyat) dihabiskan bagi menampung kebanjiran banduan di penjara-penjara negara ini. Ini belum termasuk lagi kem-kem pendatang asing tanpa izin.

Sampai bilakah kerajaan ingin berdegil dan prinsip "negara Islam" hanya pada nama? Sudah banyak perubahan yang kita lakukan sejak zaman merdeka termasuklah mengadakan perbankan Islam dan sebagainya. Mengapa tidak ditukarkan undang-undang penjajah British kepada undang-undang Islam. Saya bukan ekstremis Islam tetapi saya melihat dari statistik kes jenayah di Arab Saudi yang jauh lebih rendah berbanding Malaysia dengan penggunaan hukum hudud di negera tersebut.





Apakah Obsesi Anda? (Amaran: Anda Mungkin Terkejut Dengan Apa Yang Bakal Anda Saksikan)

Setiap kita memiliki obsesi masing-masing, di mana ianya terbentuk sejak dari kecil lagi. Bagi saya ianya umpama satu ketagihan (addiction) dan sukar untuk dikawal ataupun dihapuskan.

Ada orang suka kumpul teddy bear, robot, setem, buku, poskad, majalah, dan bermacam-macam lagi mengikut citarasa tersendiri.

Saya masih ingat seseorang bertanyakan kepada saya, mengapa saya tidak merokok? Ini jawapannya: -


Saya mula mengumpul komik sejak berusia 12 tahun lagi bermula dengan komik Dragon Ball. Saya percaya ramai antara anda yang menggilai komik ini dan disebabkan ini jugalah filem Dragon Ball mendapat kritikan hebat dari penggemar dari seluruh dunia. Berbalik kepada kisah saya, mungkin sebab itulah saya tidak merokok atau melepak di arked seperti rakan-rakan lain. Duit poket saya dihabiskan begitu sahaja dengan koleksi-koleksi komik dari Jepun dan Hong Kong. Mari saya tunjukkan buktinya: -

Bermula dengan Dragon Ball, diikuti dengan Jaguh Bola Sepak atau Captain Tsubasa: -


Kemudiannya Doraemon (tak ingat letak mana) diikuti Dragon Quest aka Misteri Naga: -


Penyiasat Remaja: -



Misteri Naga: -


Dr. Slump, Get Backers, Slam Dunk, Feel 100%: -



Detective Q: -


GTO: -


Conan: -


Wira Tunggal: -


Taufan Limau Tachibana: -


Lat Budak Kampung: -


Crayon Shin Chan aka Dik Cerdas: -


King of Fighter: -


Parang Gila: -


Naruto: -


Pelbagai komik tunggal: -


Sebenarnya ada banyak lagi cuma ada antaranya yang sudah hilang atau berada di dalam kotak di atas loteng rumah saya.

Ada sesiapa lagi gila macam saya?





Rapidshare di'Throttle' TMNet?



Ada sesiapa di sini menggunakan Rapidshare? Saya ingin bertanya jika anda perasan kelajuan mendownload menjadi perlahan tiba-tiba. Pelik pun ada tetapi sejak kebelakangan ini ia semakin menjadi-jadi.

Simpang malaikat empat puluh empat, janganlah TMNut Screamyx throttle Rapidshare sekali. Kami semua bukan pendownload free, akaun Rapidshare perlu dibayar setiap bulan wahai admin Telekom sekalian. Jika ianya dithrottle, saya berpendapat ianya telah menyalahi hak kita sebagai pengguna.

Beberapa bulan lepas, kelajuan Rapidshare boleh mencecah 150kbps bagi satu fail yang didownload pada satu-satu masa tetapi kini ada fail yang hanya mencecah 10kbps sahaja. Rasa bengang pun ada sebab kalau dahulu satu movie bersaiz 700MB hanya mengambil masa dalam 45 minit sekarang 2 - 3 jam pun belum tentu dapat siap. Sakit hati betul!





Perang Bloggers: Menj vs ShadowFox



Nampaknya perang blogger antara Menj dan ShadowFox sudah sampai ke kemuncaknya dengan Menj membuat laporan polis mendakwa ShadowFox memfitnah beliau di samping terdapat unsur-unsur menghina Allah s.w.t, Rasulullah, dan umat Islam di blognya.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana saya sendiri tidak tahu hujung pangkal cerita tetapi yang saya hairan mengapa terdapat blogger yang sibuk mencelah. Pada saya, ini adalah perbalahan secara personal antara kedua-dua blogger, tidak perlulah memarakkan lagi api kemarahan.

Apapun, saya berharap kedua-dua blogger dapat berbaik semula dan tidak menggunakan blog untuk tujuan memarakkan api kemarahan antara kaum mahupun yang melibatkan agama. Saya percaya dalam mana-mana agama (kecuali Yahudi) sekalipun, kita tidak digalakkan untuk bermusuhan antara satu sama lain.





Apakah Nama Anda Dalam Bahasa Asing?



My Korean name is Shin Hae Min.
Take Korean Name Generator today!

My authentic japanese name is 水橋 Mizuhashi (water bridge) 直澄 Naozumi (honest lucidity).
Take your real japanese name generator! today!

My is Salvador Romero Heredia.
Take The Spanish Name Generator Y OLÉ today!

My Egyptian Name is Uthman (a friend of Muhammad).
Take The Egyptian Name Generator today!

My indian name is Mushishkabishalishdish Malbishnupioopiedoo.
Take Indian Name Generator today!

My German name is Manfred Zimmerman.
Take The German Name Generator today!

My Greek name is Adonis.
Take The Greek Name Generator today!


My Pinoy / Pinay Name is Gomburza Luzvimindo Dish Dash Amosin.
Take The Filipino Name Generator today!

My Indian name is Tahatan.
Take The Native American Name Generator today!

My Daaknaam is Shamla.
Take Bong(Bengali) Nickname Generator today!

My Your Irish Name is Seamus O'Grady.
Take The Irish Name Generator today!

My is yung chan hai chin.
Take My name in chinese today!

My Roman name is Decimus Maximius Silvanus.
Take The Roman Name Generator today!

My Swedish name is Andreas Davidsson.
Take The Swedish Name Generator today!

My Latin name is Abelard Adrien.
Take The Latin Name Generator today!

My Italian name is Armando Azeglio Ciampi.
Take Italian Name Generator today!

My !!! is Kovács István.
Take Hungarian Name Generator "Csuhajja!" today!

My French name is Hamelin Brice Archambault.
Take The French Name Generator today!

My mexican name is Caspar Hernandez.
Take The Mexican Name Generator today!





Earth Hour 2009: Kasihanilah Bumi Kita!

Ada sesiapa perasan beberapa hari ini cuaca agak panas? Bukan sekadar panas, tetapi terik yang melampau. Parking kereta sekejap sahaja tetapi haba di dalamnya sudah terasa bahang. Biasanya saya jarang merungut apabila cuaca panas sebab saya lebih prefer cuaca sebegini berbanding musim hujan.

Agaknya inilah yang digelar sebagai climate change dan sudah tibalah masanya kita menjalankan tanggungjawab sebagai warga bumi yang prihatin dengan menyahut seruan Earth Hour 2009. Pada hari Sabtu bersamaan 28 March 2009, seluruh penduduk dunia diminta untuk menutup lampu selama 1 jam bermula pada pukul 8:30 malam bagi menunjukkan kesungguhan usaha kita membasmi global warming yang semakin kritikal.

Berikut adalah cadangan aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan dalam tempoh 1 jam tersebut: -

  1. Attend a local Earth Hour event or organize your own by throwing an Earth Hour street party with your neighbors
  2. Gather family & friends for a night picnic in your local park and look at the stars
  3. Enjoy a family dinner by candlelight
  4. Organize a treasure hunt in the dark
  5. Take the dog for a night walk
  6. Have a candle-lit bath
  7. Sit in the dark and share stories
  8. Organize a family night playing board games
  9. Share a romantic night in with your loved one
  10. Upload your ‘on the night’ photos and videos to flickr and YouTube respectively, and then add them to the Earth Hour flickr group and the global YouTube Group.
Berikut pula adalah video rasmi bagi Earth Hour 2009: -



Bersediakah anda untuk menyahut cabaran ini?





Dragon Hunter Review: Dragon or Ogre?


Sudah beberapa minggu saya tidak menonton sebarang movie jadi saya mengambil keputusan untuk mendownload beberapa filem dan salah satunya bertajuk Dragon Hunter. Dari preview yang saya lihat agak menarik. Saya sendiri tidak pernah mendengar filem ini sebelum ini walaupun ianya telah ditayangkan pada 2008.


Di awal cerita agak menarik dengan suara narrator ada persamaan dengan filem seperti Lord of the Rings, jadi saya agak excited ditambah dengan plot cerita yang agak samar-samar yang menimbulkan rasa suspend. Segala berubah apabila memasuki bahagian di mana watak utamanya terjaga dari mimpi.

Daripada suara narrator yang cukup berkesan untuk cerita-cerita sebegini bertukar kepada slang American + Australian english yang tidak sesuai langsung. Ditambah dengan penggunaan effect suara seolah-olah ianya terpisah dari lakonan sebenar. Dalam erti kata lain, suara direkodkan di dalam studio.

Pelakon juga nampak begitu kaku dan yang paling teruk, plot cerita yang begitu mengarut. Musuh-musuh di dalam filem ini terbahagi kepada 2 iaitu Ogre dan Dragon. Yang kelakarnya ialah, kedua orang tua watak utama tersebut dibunuh oleh Ogre tetapi beliau adalah dragon hunter. Saya sendiri tidak faham apakah fungsi Ogre di dalam filem tersebut.

Saya mengaku disebabkan oleh terlalu bengang dengan filem ini, saya telah skip beberapa part kerana malas untuk membazirkan masa. Yang paling mengecewakan dalam filem ini adalah pertarungan di antara hero dengan Dragon. Duration filem ini adalah lebih 1 jam tetapi pertarungan dengan Dragon hanya 3 minit 30 saat. CGI Dragon tersebut juga nampak terlalu 'murahan' seperti dalam dokumentari National Geographic.

Sekarang saya faham mengapa saya tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Nasib baiklah saya tidak menontonnya di pawagam (jika ada) kerana saya pasti akan menyumpah-nyumpah apabila keluar dari pawagam ataupun meminta semula duit tiket.





Celebrity Youtube: Boyce Avenue

Kali ini saya ingin memperkenalkan band Youtube kegemaran saya - Boyce Avenue. Saya sebenarnya kurang pasti latar belakang kumpulan ini, cuma yang saya tahu penyanyi utamanya bernama Alejandro Manzano berusia 22 tahun dari Florida. Kumpulan ini pernah melakukan tour ke Filipina dan sudah memiliki album sulung mereka (hehe, saya sudah download).

Berbanding Alyssa Bernal, kebanyakkan lagu yang dimainkan oleh Boyce Avenue adalah lagu kegemaran saya. Lagu kegemaran bukan bermaksud sekadar lagu tetapi saya memang sudah hafal liriknya dan sentiasa berada dalam playlist WinAmp saya. Antaranya adalah: -

Wonderwall - Oasis



You & Me - Lifehouse


How Far We've Come - Matchbox Twenty


Good Riddance - Green Day (Alejandro Manzano PAKAI T-SHIRT MALAYSIA! Terasa bangga pun ada, mungkin boleh bagi gelaran 'Datuk' nie. Datuk Alejandro Manzano. haha...)


Viva La Vida - Coldplay


Chasing Cars - Snow Petrol


What Hurts The Most - Rascal Flatts/Cascada


How To Save A Life - The Fray


Home - Michael Buble/Blake Shelton/Westlife

Never Too Late/Savin Me - Three Days Grace/Nickelback


Bagi peminat Neyo, anda mungkin jatuh cinta terhadap Boyce Avenue dengan versi ini: -

Closer - Neyo


Because of You - Neyo


Dan bagi yang sudah anti dengan Chris Brown, anda mungkin bertemu dengan idola baru anda: -

With You - Chris Brown


Forever - Chris Brown


Bukan lagu dari penyanyi lelaki sahaja tetapi Alejandro Manzano mampu menyanyikan lagu dari kaum hawa: -

Umbrella - Rihanna


Realize - Colbie Caillat


Yang paling penting, versi lagu Disturbia. Secara jujur, setiap kali saya mendengar lagu ini dinyanyikan oleh Rihanna di radio, saya akan menukar channel tetapi sekarang saya ketagih mendengar versi Boyce Avenue: -

Disturbia - Rihanna


Apa pendapat anda? Adakah anda juga sudah menjadi peminat Boyce Avenue?





Tips Mengurangkan Risiko Kerosakkan PC: Dijamin Tahan 5 Tahun!

Penjagaan PC amat penting bagi saya. Bukan apa, PC saya boleh dikatakan sebagai sudah hampir ke tahap yang agak uzur. Tahun ini sudah masuk tahun ke-4 jika tidak silap saya. Dalam tempoh tersebut pernah berlaku beberapa masalah tetapi tidaklah terlalu kritikal yang memaksa saya untuk membeli PC baru.

Bagi saya, jika betul cara penjagaannya, PC mampu bertahan lebih dari 5 tahun dan ini terbukti dengan PC saya yang lama (1998 - 2003 [RIP]). Lagipun, saya kini bukan lagi hantu video game seperti beberapa tahun dahulu. Jadi, saya tidak lagi gilakan PC gamers yang memerlukan perkakasan berkuasa tinggi. Cukuplah sekadar untuk blogging, programming dan sebagainya.

Antara rutin penjagaan PC saya adalah membersihkan heatsink bagi processor. Ini sangat penting bagi memastikan processor tidak menjadi overheat. Processor yang overheat akan melambatkan masa processing.

Biasanya apabila heatsink menjadi kotor dan dipenuhi habuk tebal, ia akan mengeluarkan bunyi bising seolah-olah memberi amaran yang ianya perlu dibersihkan. Disebabkan bilik saya agak kecil dan tidak mempunyai air-cond, maka apabila heatsink menjadi kotor, ia juga menghasilkan haba yang agak panas dan sekaligus menjadikan suasana bilik saya kurang selesa. Jika saya tinggal di negara sejuk suatu hari nanti, mungkin saya tidak perlu membersihkannya kerana ia boleh menjadi heater untuk bilik saya. hehe.

Apa yang anda perlukan untuk membersihkan PC anda adalah: -


Bukannya mahal pun, hanya RM2 jika tidak silap saya. Anda boleh menyuruh pekerja di kedai komputer untuk melakukannya untuk anda tetapi ia mungkin akan memakan belanja yang lebih. Inilah rupa processor tanpa heatsink di atasnya: -


Setiap komputer memiliki heatsink yang berbeza. Cara pemasangannya juga berbeza. Jika anda tidak berani mengambil risiko, atau tidak pasti bagaimana untuk melakukkanya, mungkin anda boleh meminta pendapat dari pakar tetapi ianya tidaklah sukar seperti yang anda sangkakan. Pastikan anda biarkan PC anda sejuk dahulu sebelum menjalankan process ini kerana heatsink adalah perkakasan yang paling panas pada PC anda.

Lihat bertapa tebalnya kotoran yang melekat pada heatsink saya ini: -


Selepas membersihkannya, hati akan berasa lega. hehe.





Kampung vs Bandar: Yang Mana Pilihan Hati?


Saya dan Kuala Lumpur sememangnya tidak dapat dipisahkan sama sekali. Dilahirkan dan dibesarkan di ibu kota menjadikan saya benar-benar anak jati kota metropolitan ini. Setiap kali pulang ke kampung di Perak, saya pasti berasa kurang tenteram kerana perubahan yang amat ketara dari segi gaya hidup.

Di kampung, selepas jam 10 malam, keadaan menjadi sunyi dengan bunyi kenderaan jarang-jarang sekali. Jauh sekali jika anda ingin melihat kedai-kedai makan yang buka sehingga tengah malam. Bukan tiada, tetapi agak jauh dari tempat kami tinggal.

Secara peribadi, bagi saya kedai makan pada waktu malam bagi saya agak penting kerana saya selalu makan selepas jam 12 malam. Saya jarang melepak selepas tengah malam dan biasanya kalau keluar, memang semata-mata untuk mencari makanan.

Tambahan pula, berada di kampung yang tanpa Internet menjadikan saya lebih runsing kerana ini bermakna banyaklah kerja-kerja saya yang akan tertangguh. Jangan terkejut jika saya katakan bahawa dalam sehari saya menghabiskan lebih kurang 18 jam dengan Internet. Tidak hairanlah saya agak "panas punggung" setiap kali pulang ke kampung.

Saya tidaklah mengatakan bahawa tinggal di bandar lebih baik berbanding di kampung. Di kampung juga ada kebaikkannya. Living cost yang rendah, masyarakat tetangga yang lebih ramah dan mesra dan udara yang lebih segar. Cuma bak kata orang tua, "darah orang muda" mungkin menjadikan saya lebih selesa dengan suasana di bandaraya. Mungkin apabila hidup sudah semakin "settle down", saya juga mungkin memilih untuk tinggal di kampung.

Di Kuala Lumpur, di mana sahaja anda berada, begitu mudah untuk mencari gerai atau fast-food chain yang buka 24 jam. Malah, ada antara mereka yang menyediakan perkhidmatan Wifi percuma. Apa yang saya perlukan cuma laptop. Bagi anda yang tinggal di Ampang, anda pasti tahu di manakah Ampang Waterfront. Ini adalah salah satu lokasi tempat saya sentiasa meluangkan masa kerana terdapat OldTown yang menyediakan perkhidmatan Internet secara percuma.


Yang lebih menyeronokkan, ia tutup sekitar jam 3 pagi. Oleh itu, jika anda juga Batman seperti saya, ia adalah tempat yang agak selesa untuk makan dan melayari Internet. Malah, walaupun sudah lewat malam, masih ramai lagi pelanggan yang berada di sana (tidaklah berasa seram).

Biasanya jika saya ke sana untuk melayari Internet, saya lebih gemar pergi berseorangan. Bukan apa, biasanya saya menghabiskan masa berjam-jam di sana.





JANGAN Kahwin Lelaki Pakistan!

Saya tidak tahu kenapa tetapi kebelakangan ini semakin kerap kedengaran berita mengenai perkahwinan campur yang membawa kepada kisah duka terutamanya kepada kaum hawa di kalangan warga tempatan. Perkahwinan campur maksud saya adalah dengan lelaki asing terutamanya dari Pakistan.

Terbaru jika anda terbaca artikel di muka hadapan Metro Online mengenai kisah seorang isteri yang malang di mana hartanya dikikis oleh suami berbangsa Pakistan. Mereka ini sememangnya diketahui umum memiliki wajah yang kacak ala-ala pelakon Bollywood dan paling penting memang manis apabila menyusun kata-kata. Bak kata orang, bukan main hebatlah "pickup line" mereka.

Namun begitu, segalanya akan berubah sebaik sahaja mereka mengahwini wanita tempatan. Ada antara mereka menggunakan kesempatan tersebut bagi mendapatkan hak warganegara Malaysia dan seperti dalam kisah di atas, mereka mahu mengaut keuntungan dengan sekelip mata.

Satu lagi perkara yang agak common yang sentiasa saya lihat pada lelaki Pakistan adalah, mereka ini sangat malas bekerja dan suka bergantung kepada hasil titik peluh isteri mereka. Anda mungkin merasakan bahawa komen saya agak racist tetapi ianya kenyataan. Bagi anda yang tidak tahu, ada beberapa negara di dunia ini yang memiliki prinsip di mana si isteri akan keluar bekerja manakala si suami "goyang kaki" di rumah.

Malah berhampiran dengan rumah saya terdapat seorang peniaga nasi lemak yang suaminya berbangsa Pakistan. Si isteri setiap hari bangun awal membuka gerai bagi menyara keluarga tetapi si suami dengan muka bengis sentiasa memarahi si isteri. Dari apa yang saya lihat, si suami tidak bekerja. Lebih menyedihkan, adik saya pernah terlihat lelaki Pakistan tersebut menunjukkan "middle finger" kepada si isteri selepas bertengkar. Si isteri hanya tersenyum memandang adik saya tetapi di dalam hatinya mungkin terasa malu yang teramat.


Berhati-hati kaum hawa sekalian, fikir dua kali sebelum mahu bercinta dengan mereka kerana silap langkah mungkin boleh membawa musibah. Walaupun saya percaya bahawa jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan tetapi pada saya, lebih baik tidak berkahwin daripada menjadi mangsa kezaliman suami.





Adakah Anda Blogger Sejati?

Sudah beberapa hari saya tidak mengupdate blog ini. Saya sedang sibuk dengan beberapa project kecil dan dengan midterm exam serta assignment yang semakin bertimbun, nampaknya semakin kuranglah masa saya bersama slumbeRAJA. Maaf kepada mereka yang komennya masih belum berbalas. Saya akan cuba sedaya-upaya untuk menggembirakan semua pihak.

Jumlah traffik blog ini pun semakin susut kerana saya sudah lama tidak mempromosikannya. Nampaknya slumbeRAJA semakin dilupakan. isk isk isk, sedih. Walaubagaimanapun bagi mereka yang terus melawati blog ini, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana masih setia bersama saya. Bertuah kepada pasangan anda kerana anda bakal menjadi suami atau isteri yang setia. hehe.

Selepas lebih dari setengah tahun memasuki alam blogging, telah banyak yang telah saya pelajari. Kebetulan saya merayau-rayau di blog rakan-rakan dan terjumpa quiz ini, How Addicted to Blogging Are You?


80%How Addicted to Blogging Are You?


Berapakah markah yang anda terima? Postkan jawapan anda di sini ^^. Mari kita lihat siapa yang sudah ketagih blogging. hehe.





American Idol: Dope!

Ada sesiapa menonton American Idol kelmarin? Well, seperti mana yang kita semua tahu, keputusan bagi minggu ini sudah diumumkan (jangan risau bagi yang belum menonton kerana saya tidak akan memberikan spoiler di sini). Untuk pengetahuan anda, saya tidak menontonnya di kaca TV, kebanyakkan TV Series yang saya tontoni adalah hasil download di Internet kerana saya tidak sabar untuk menunggu dan paling penting saya tidak perlu menonton iklan (gosh, i hate commercial break).

Dalam banyak-banyak peserta nampaknya hanya seorang sahaja yang masih belum menampakkan kelemahan. Cuba teka siapa? Bukan Matt Giraud, bukan Kris Allen, bukan Anoop Desai dan yang paling penting bukan Danny Gokey. Jawapannya ialah Adam Lambert.

Setiap kali saya menonton persembahan beliau, bulu roma pasti rasa meremang. Minggu ini beliau dengan lagu Ring of Fire by Johnny Cash. Walaupun minggu ini sepatutnya minggu Country Music, nampaknya tiada satu bahagian pun dalam persembahan beliau yang memiliki ciri-ciri Country. Jika anda menontonnya, ia seolah-olah anda berada di alam dark side atau underground night club.

Sepanjang pengalaman saya menonton American Idol, beliaulah satu-satunya peserta yang sukar untuk diberikan komen selepas kali beliau melakukan persembahan. Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang buruk tetapi ianya sangat pelik. Jika beliau memenangi pertandingan kali ini, saya tidak langsung akan mengkritik keputusan tersebut kerana beliau sangat unik berbanding artis yang sedia ada dalam pasaran kini.

Berita baik, Anoop Desai (peserta kegemaran saya) sudah kembali dengan aksi mantap beliau. Minggu lalu merupakan persembahan paling buruk beliau apabila menyampaikan lagu Michael Jackson "Beat It". Lagu tersebut tidak sesuai dengan watak sebenar Anoop yang sebenarnya lebih selesa dengan genre "Blues" seperti juga Matt Giraud.

Pada saya persembahan minggu lalu sebenarnya adalah kesilapan judges yang memberikan nasihat yang salah kepada Anoop. Mereka mahukan Anoop terus dengan konsep lagu rancak seperti pada minggu Wildcard. Saya berharap beliau tidak terlalu mendengar nasihat judges yang mungkin menyebabkan beliau tersingkir sekali lagi.





Artis Disanjung, Cendekiawan Dicemuh!

Satu lagi artikel yang saya sudah simpan agak lama tetapi agak risau dengan respond dari pembaca sehinggalah baru-baru ini saya terbaca post di blog mohdismail. Jika anda perasan, rancangan televisyen kini di monopoli oleh banyak rancangan berbentuk realiti TV di mana ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari para penonton terutamanya dari golongan remaja. Fine by me!

Saya ingin membuat pengakuan jujur kepada para pembaca. Saya benci melihat artis yang dihasilkan daripada rancangan sebegini yang tidak mencapai standard "artis yang sebenar". Saya setuju kebanyakkan mereka memiliki rupa artis tetapi malangnya kurang dari segi bakat. Jika anda tidak percaya, tontonilah konsert JomHeboh di TV3 pada hari Ahad. Terlompat-lompat tetapi suara sumbang.

Stesyen TV pula semakin rakus mengeluarkan rancangan sebegini tanpa memikirkan samada kualiti dan impaknya kepada masyarakat. Namun begitu saya tidak boleh menyalahkan mereka kerana stesyen TV sememangnya terkenal dengan sikap kapitalis dan dengan adanya sistem undi SMS, mereka dapat memaksimakan keuntungan stesyen mereka di samping dapat mengurangkan pembayaran cukai kepada negara.

Oh ya, bagi anda yang tidak tahu atau tertanya-tanya "apa yang stesyen TV dapat dengan mengadakan rancangan berbentuk game show yang menawarkan ganjaran lumayan kepada para peserta?", jawapannya adalah ia merupakan salah satu cara untuk syarikat TV mengelakkan diri dari membayar cukai yang tinggi.

Berbalik kepada isu hiburan, artis di negara kita muncul bagaikan cendawan selepas hujan. Malah ada ibu bapa yang mula mendedahkan anak-anak mereka seawal usia 2 - 3 tahun dengan hiburan tanpa henti dengan harapan anak-anak mereka bakal menjadi artis terkenal apabila usia dewasa nanti.

Masalahnya bukan apa, negara kita semakin lama semakin kurang cendekiawan dan semakin ramai yang gilakan populariti dengan menggunakan jalan mudah. Golongan pemikir tidak diberikan peluang untuk menampilkan keunikan ciptaan mereka di mata dunia. Ambil contoh rancangan American Inventor di U.S di mana ia memberi dorongan kepada rakyat negara tersebut untuk mencipta dan memikirkan idea yang unik yang mungkin dapat membantu manusia memudahkan kehidupan seharian mereka.

Rancangan berbentuk diskusi atau pertandingan forum peringkat universiti tidak mendapat liputan yang sewajarnya daripada stesyen TV walaupun mereka inilah yang bakal menjadi pelapis pemimpin negara ini. Hanya stesyen RTM sahaja yang memaparkan rancangan sebegini tetapi berapa keratlah golongan remaja yang menonton stesyen RTM berbanding TV3 dan Astro.

Saya bersetuju dengan cadangan mohdismail di mana pensyarah universiti terutamanya dari fakulti engineering dan IT diberikan peluang melakukan presentation mengenai kertas kerja mereka. Begitu juga dengan ahli agama yang bertahun lamanya membuat kajian mengenai Islam, Al-Quran dan Sunnah.

Entahlah, jika begini gayanya, amat sukar sekali bagi Malaysia untuk mencapai wawasan 2020 kerana golongan pemikir tidak mendapat tempat yang sewajarnya di mata masyarakat. Penyanyi dan artis disanjung dan diberikan pelbagai gelaran dan pangkat tetapi para ilmuan dibiarkan tanpa terabai.





Celebriti YouTube: Alyssa Bernal

Saban hari semakin ramai artis yang dilahirkan hasil dari teknologi Youtube yang kini berada pada ranking ke-3 berdasarkan jumlah pengunjung setiap hari. Jika anda peminat Marie Digby, anda mungkin tahu apa yang saya maksudkan. Saya meminati Marie sebelum beliau keluar dengan album pertamanya bertajuk "Unfold". Marie Digby mula terkenal apabila mendendangkan lagu Umbrella dan menerima sambutan yang menggalakkan. Shhh, saya meminati versi Marie Digby berbanding penyanyi asalnya Rihanna.



Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai Marie Digby kerana saya pasti ramai yang sudah mengenainya terutamanya dengan kunjungan beliau ke Singapura dan Malaysia tahun lalu (saya tidak sempat pergi... isk... isk...).

Terbaru, saya menemui seorang lagi celebriti Youtube yang memiliki suara yang agak menakjubkan. Sebenarnya agak kebetulan saya menemui channel beliau apabila salah satu videonya menjadi featured video di Youtube.

Agak-agak ada rupa siapa? (siapa dapat teka memang hebat!)

Yang menariknya, video beliau menyanyikan lagu "I Kissed a Girl" dipertontonkan pada anugerah Oscar tahun ini. Saya pun tidak pasti samada ianya benar ataupun tidak kerana saya tidak menonton Oscar (hehe). Tetapi ianya tidak mustahil kerana video tersebut menerima hits lebih dari 3 juta pengunjung.



Selain lagu penyanyi wanita, beliau juga mampu membawakan lagu yang asalnya adalah dari penyanyi lelaki. Namun begitu, dalam video "I'm Your" ini Alyssa baru 5 bulan belajar bermain gitar; menurut sesetengah komen ianya agak sumbang sedikit tetapi saya tetap menyukainya.



Penilaian terakhir yang biasa saya lakukan kepada penyanyi baru adalah kebolehupayaan mereka menyanyikan lagu yang saya tidak pernah dengar sebelum ini dan menjadikannya salah sebuah lagu kegemaran saya. Dalam hal ini, Alyssa berjaya meyakinkan saya bahawa beliau benar-benar berbakat dengan mendendangkan lagu "Drive My Soul"



Anda sukakannya?





Breaking Benjamin: The Diary of Jane (acoustic)

Sudah hampir 20 kali saya memainkan lagu ini dari malam semalam tetapi sampai sekarang masih lagi belum bosan mendengarnya. Berbanding dengan versi asal lagu ini, ianya lebih "tenang" dan kurang memeningkan kepala. Harap anda semua sukakan lagu ini juga.





If I had to
I would put myself right beside you
So let me ask
Would you like that?
Would you like that?

And I don't mind
If you say this love is the last time
So now I'll ask
Do you like that?
Do you like that?

No!

Something's getting in the way.
Something's just about to break.
I will try to find my place in the diary of Jane.
So tell me how it should be.

Try to find out what makes you tick.
As I lie down
Sore and sick.
Do you like that?
Do you like that?

There's a fine line between love and hate.
And I don't mind.
Just let me say that
I like that
I like that

Something's getting in the way.
Something's just about to break.
I will try to find my place in the diary of Jane.
As I burn another page,
As I look the other way.
I still try to find my place in the diary of Jane.
So tell me how it should be.

Desperate, I will crawl
Waiting for so long
No love, there is no love.
Die for anyone
What have I become?

Something's getting in the way.
Something's just about to break.
I will try to find my place in the diary of Jane.
As I burn another page,
As I look the other way.
I still try to find my place in the diary of Jane.





Bagaimana Untuk Menukar Favicon Untuk Blogspot?

Favicon adalah image yang anda lihat di URL toolbar setiap kali anda melawati sesuatu website. Contohnya adalah: -


Sebenarnya favicon tidak mempunyai apa-apa fungsi yang penting cuma jika anda sukakan blog anda nampak lebih cantik dan berbeza dengan blog yang ada di luar sana, anda mungkin berminat untuk melakukan perubahan.

Caranya sungguh mudah: -

1) Mula-mula sekali, buka Adobe Photoshop, File > New, setkan saiz canvas anda kepada Width = 20 Height = 20.

2) Kemudian masukkan image atau perkataan yang anda mahukan ke dalam canvas tersebut. Canvas tersebut agak kecil, jadi anda perlu memilih tema mengikut kesesuaian. Untuk blog slumbeRAJA, saya memilih untuk menggunakan perkataan SR: -

3) Setelah siap, savekan image anda dalam format .PNG.

4) Anda perlu menguploadkan image tersebut ke dalam server. Jika anda tidak memiliki web server sendiri, anda boleh menggunakan perkhidmatan percuma seperti Photobucket dan sebagainya.

5) Login Blogger > Layout > Edit Template

6) Cari code ini "<title><data:blog.pagetitle/></title>" (ianya berada di bahagian atas code template anda)

7) Masukkan "<link href='masukkan URL image anda di sini' rel='shortcut icon' type='image/vnd.microsoft.icon'/> " selepas (abaikan " ")


8) Tekan butang Save Template. Anda mungkin perlu clear cache sebelum dapat melihat perubahan di blog anda.

Selamat mencuba!

update: sorry, kesilapan sedikit pada coding. sudah diperbaiki!





PPSMI: Hapus Atau Tidak? Saya Ada Penyelesaiannya!

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini, permintaan dari xsanz. Cewah, terasa seperti DJ radio pun ada. Saya sebenarnya sudah lama ingin menulis artikel ini cuma masa tidak mengizinkan. Dalam masa yang sama, saya agak bimbang jika apa yang ingin saya perkatakan di sini mungkin tidak sehaluan dengan pendapat ramai dalam isu ini. Jika anda mengikuti blog ini, anda mungkin sedar yang kebanyakkan artikel saya mungkin menimbulkan kontroversi kerana saya agak liberal dalam menyuarakan pendapat.

Berbalik semula kepada isu PPSMI, saya bersetuju bahawa ianya patut dihapuskan tetapi pada masa yang sama saya berpendapat bahawa sudah sampai masanya di mana Malaysia mengubah polisi bahasa rasmi dari bahasa Malaysia kepada bahasa Inggeris. Ini bermakna segala pembelajaran di peringkat rendah perlu ditukarkan kepada bahasa Inggeris kecuali subjek Bahasa Malaysia dan Agama/Moral. Dengan cara ini, tidak akan timbul lagi masalah di mana pelajar menjadi keliru kerana mereka sudah membiasakan diri dengan bahasa Inggeris.

Saya terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa, sekiranya seseorang gagal menguasai sesuatu bahasa selepas mereka berusia 8 tahun, maka bahasa tersebut akan kekal sebagai bahasa kedua mereka dan mereka mengalami kesukaran untuk menguasainya kelak.

Anda mungkin tidak bersetuju dengan pendapat saya tetapi cuba lihat di sekeliling anda, hampir kebanyakkan perkara dalam kehidupan seharian anda memerlukan penggunaan Bahasa Inggeris. Dari rancangan TV, radio, muzik, buku, majalah, surat khabar, dan banyak lagi.

Selain itu, ada sebab lain mengapa saya bertegas dengan pendirian saya: -

1) Peranan kerajaan yang tidak membantu untuk benar-benar memperkasakan bahasa Malaysia. Saya terbaca di sebuah blog mengatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa ke-4 paling banyak digunakan selepas Mandarin, English dan Spanish, kerana populasi Indonesia + Malaysia. Namun begitu, jika kita bandingkan bahasa Jepun dengan bahasa Malaysia, martabat bahasa kita jauh lebih rendah.

2) Universiti, syarikat berstatus MSC dan antarabangsa menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantara. Ini bermakna apabila anda tamat sahaja persekolahan peringkat menengah, anda boleh katakan bye-bye kepada bahasa Malaysia.

3) Pengaruh media massa dari barat dan kemasukan banyak rancangan berbahasa Inggeris. Saya tidak pasti samada anda sedar tetapi terdapat banyak rancangan di Astro yang tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Malaysia, maka anda perlu tahu bahasa Inggeris bagi menonton rancangan kegemaran anda. Bagi peminat bola sepak, anda pasti faham maksud saya.

4) Kebanyakkan bahan rujukan seperti buku dan Internet adalah dalam bahasa Inggeris. Kesukaran mencari sumber dalam bahasa Malaysia menjadikan bahasa Inggeris sesuatu yang wajib dalam kehidupan seharian.

5) Semakin banyak perkataan Melayu yang diterjemah terus dari bahasa Inggeris. Ini secara tidak langsung merendahkan martabat dan hilangnya kredibiliti bahasa Malaysia di mata dunia walhal bahasa Melayu adalah merupakan
lingua franca satu ketika dahulu.

Saya tidak mengatakan bahawa Bahasa Malaysia perlu dihapuskan sama sekali. Seperti juga adat resam, tidak bermakna apabila kita memasuki abad ke-21, semuanya perlu kita abaikan. Setiap bangsa di dunia ini bangga dengan budaya dan turun temurun mereka. Cuba kita lihat Singapura, mereka juga mempunyai etnik berbilang bangsa, tetapi majoritinya adalah bangsa Cina. Namun begitu, mereka tidak menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi sebaliknya bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi mereka. Dalam erti kata yang lain, mereka memilih bahasa yang lebih neutral dan tidak menyebelahi mana-mana bangsa.

Saya lihat bangsa Melayu di Singapura masih ramai yang boleh berbahasa Malaysia, bangsa Cina boleh berbahasa Mandarin / Cantonese dan bangsa India masih boleh bertutur dalam bahasa Tamil. Adakah negara mereka lebih mundur dari negara kita? Kita semua tahu jawapannya.

Seperti yang saya sebutkan di awal tadi, pendapat saya mungkin tidak sehaluan dengan anda semua tetapi saya melihat dari sudut di mana kurangnya peranan kerajaan untuk benar-benar menjadikan untuk memperkasakan bahasa Inggeris. Sebagai seorang pelajar di universiti swasta, saya melihat bagaimana rakan-rakan berbangsa Melayu mengalami masalah bertutur dalam bahasa Inggeris sedangkan rakan-rakan berbangsa Cina dan India dengan mudah menyesuaikan diri mereka.

Saya bukan semata-mata mahu mengkritik tetapi semuanya ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Segala pembelajaran saya sejak dari sekolah rendah, sekolah menengah, dan kemudiannya kolej adalah dalam bahasa Malaysia tetapi apabila melangkah ke alam universiti, saya mengalami kesukaran dalam persekitaran pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Tambahan pula, saya kurang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Apa yang merisaukan, rata-rata temuduga kerja adalah dalam bahasa Inggeris. Jika saya tidak bersiap sedia maka saya tidak mampu untuk bersaing dengan graduan-graduan lain yang berbangsa Cina dan India.

Ketika ini anda mungkin agak bengang dengan saya tetapi jika anda baca penjelasan saya di atas, sebenarnya bangsa Melayu sendiri yang menerima kesan yang paling teruk. Bangsa Cina & India mampu bertutur sekurang-kurangnya 3 bahasa manakala kita pula, bahasa Malaysia sendiri pun kebanyakkannya adalah bahasa rojak. Bilakah kali terakhir anda menggunakan bahasa baku dalam pertuturan seharian anda. Malah, ramai anak Melayu yang gagal memperolehi A dalam subjek Bahasa Malaysia di peringkat UPSR, PMR dan SPM manakala bangsa lain cemerlang dalam subjek tersebut.

Apa pendapat anda?





Hujan Lagi: Jangan Banjir Sudah!


Saya tidak pasti bagaimana dengan kawasan tempat tinggal anda tetapi di sini jarang sekali hujan turun pada waktu pagi. Cuaca sebegini memang seronok terutama sekali bagi yang gemar dibuai mimpi. Nampaknya ramailah yang ponteng kerja hari ini ditambah lagi esok hari minggu.Walaupun hujan itu rahmat, harapnya ianya tidak terus berlanjutan kerana sebentar lagi Solat Jumaat.

Sempat juga saya melayan FlyFM sebentar tadi dan topik yang agak menarik; Friday the 13th. Baru saya perasan tarikh hari ini. Bagi yang beragama Kristian mungkin memiliki kepercayaan mengenai Friday the 13th. Pertemuan tarikh 13 haribulan dengan hari Jumaat dikatakan membawa malang oleh mereka. Jika tidak silap saya, Friday the 13th juga ada dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai pengikut Knights Templar dalam filem The Da Vinci Code lakonan Tom Hanks. Tidak pastilah samada ianya benar ataupun tidak.

Cuaca sebegini menjadikan saya tiba-tiba terasa malas. Banyak juga kerja yang masih belum siap. Agak panjang juga hujan kali ini, kalau tidak silap saya dari pukul 6:30 pagi tadi. Ada kemungkinan terdapat beberapa kawasan di Lembah Klang yang bakal banjir. Saya menjangkakan sekurang-kurangnya 1 - 2 jam lagi barulah hujan akan reda.





Error "bX-nkx55b" & "bX-yu0ccl"!

Beberapa hari lepas, saya mendapati salah satu blog saya mengalami masalah di mana apabila menekan butang "Older Posts", akan terpapar mesej error yang berbunyi "bX-yu0ccl". Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah mencari penyelesaiannya melalui Google.

Namun begitu, tiada satu pun laman web mahupun Blogger troubleshooting page yang memberikan jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Nasib baiklah ada seorang dedicated blogger yang sudi untuk membantu saya dengan memberikan hint apakah masalah yang saya alami.

Masalah ini sebenarnya berlaku disebabkan salah satu daripada post anda mempunyai error. Dalam masa yang sama ia juga turut menghasilkan satu lagi error yang dikenali sebagai "bX-nkx55b" di mana Atom & RSS feed anda gagal berfungsi sama sekali.

Saya sebenarnya sudah hampir give up dengan masalah ini sehinggalah saya mengambil keputusan untuk memeriksa setiap post terdahulu. Ia sememangnya leceh tetapi ini sahaja jalannya. Apabila anda sudah menemui post yang mengalami masalah, anda perlu memadamkan (delete) post terbabit. Saya sendiri tidak pasti apakah yang mengakibatkan masalah kepada post tersebut.

Sekiranya masalah ini terus berlaku, ini bermakna mungkin terdapat post anda yang lain yang turut mengalami masalah yang sama.

Selamat mencuba!





Gambar Rihanna Dipukul Chris Brown

Selepas hampir sebulan incident yang melibatkan pasangan popular Hollywood, Chris Brown dan Rihanna, akhirnya saya berjaya menemui gambar sebenar wajah Rihanna selepas dibelasah oleh teman lelakinya.



Bagi anda yang mengikuti kes ini mungkin sudah melihat gambar-gambar palsu Rihanna.

Saya tidak mahu mempertahankan mana-mana pihak tetapi apa yang dilakukan oleh Chris Brown sememangnya sukar diterima. Beliau tidak mempunyai hak untuk melakukan perbuatan tersebut walaupun mungkin ada sesuatu yang dilakukan Rihanna yang tidak disukainya. Tambahan pula, mereka hanya pasangan kekasih dan bukannya suami isteri.

Namun begitu, setiap manusia mempunyai had kesabaran masing-masing dan saya percaya Chris Brown ketika itu secara tiba-tiba hilang kawalan sehingga melakukan sesuatu di luar jangkaannya. Jika tidak silap saya, beliau telahpun meminta maaf secara terbuka dan Rihanna dikatakan mahu berbaik semula dengannya.

Saya setuju bahawa setiap manusia layak menerima peluang kedua tetapi saya tidak percaya bahawa seseorang itu mampu berubah dengan mudah kecuali dengan keazaman yang tinggi. Saya tidak terkejut jika perkara sebegini mampu terjadi sekali lagi kepada Rihanna.

Bagi peminat-peminat Rihanna di Malaysia, berita baik untuk anda di mana Rihanna dikatakan sudah sembuh sepenuhnya apabila dilihat hadir ke sambutan hari lahirnya walaupun ianya terpaksa ditangguhkan beberapa minggu akibat incident ini.

Patutkah Rihanna menerima kembali Chris Brown? Patutkah Chris Brown diberikan peluang kedua? Apa pendapat anda!





Bagaimana Untuk Menukar E-mail Login Blogspot Anda

Dalam 11 tahun pengalaman menggunakan internet, saya sudah lebih 20 kali menukar email address. Saya tidak mahu menceritakan sebabnya tetapi saya percaya anda juga pernah melakukan perkara yang sama. Persoalannya di sini, bagaimana untuk menukarkan email lama login blogspot anda kepada email anda yang baru?

Caranya mudah sekali: -

1) Mula-mula anda perlu login blog anda.

2) Klik pada butang "Setting" dan kemudian pilih "Permissions" (paling kanan sekali)

3) Sekarang anda sepatutnya nampak perkataan "Blog Authors". Di situ terdapat butang "Add Author". Klik butang tersebut.

4) Masukkan alamat e-mail baru anda ke dalam kotak berwarna putih dan tekan butang "Invite".

5) Sekarang, login ke e-mail baru anda di mana anda akan mendapat mail dari Blogspot mengatakan anda mendapat invitation untuk menjadi Author blog anda. Terdapat link pada e-mail tersebut, klik link tersebut.

6) Login semula blog anda menggunakan alamat e-mail lama, tekan Setting dan seterusnya Permission (sama seperti Langkah 1 & 2)

7) Anda akan nampak perkataan "Grant admin privileges". Klik pada butang tersebut bagi membolehkan e-mail baru anda memiliki access sebagai Admin. Langkah ini penting kerana sekiranya anda hanya memiliki access sebagai Author, anda tidak boleh menukarkan Layout blog anda.

8) Anda boleh memilih samada untuk membiarkan e-mail lama memiliki access ataupun memadamkannya dengan menekan butang "Remove".

Selamat Mencuba!





Bencinya Tengok Orang Cantik!


Kenapa agaknya lelaki kacak dan wanita cantik, kurang disenangi oleh mereka yang kurang bernasib baik?

Here's my theory.

Sebenarnya kebanyakkan kita bukannya benci dengan anugerah yang dikurniakan Tuhan kepada mereka. Walaupun ada yang mungkin tidak bersetuju dengan pendapat ini tetapi saya percaya ramai antara anda yang suka berkawan dengan orang yang cantik atau kacak. Malah, jangan terkejut jika saya katakan ada antara individu yang hanya berkawan dengan mereka yang mempunyai paras rupa yang cantik.

Namun begitu, apa yang menimbulkan iri hati di kalangan kita adalah bagaimana alam semesta berfungsi. Maksud saya mereka ini beruntung dalam pelbagai aspek. Peluang bagi mereka ini lebih luas berbanding orang biasa seperti kita dalam kehidupan seharian mereka. Sedangkan orang biasa seperti kita perlu melakukan sesuatu yang extraordinary.

Contohnya, ada sesetengah bidang dikhaskan semata-mata untuk golongan ini contohnya bidang modelling, lakonan dan sebagainya. Walaupun ada juga yang tidak berapa cantik masih mampu menembusi pasaran tersebut, majoritinya adalah sebaliknya.

Hidup ini tidak adil.

Saya teringat lagi seseorang berkata kepada saya, "dah la cantik, kaya pula tu, senangnya hidup dia". Contoh yang paling mudah adalah Ivanka Trump, anak billionaire Donald Trump. Atau bagi lelaki pula, "ala senanglah dia dapat awek cun, kita tak macam dia".

Saya percaya ada pengalaman di mana sewaktu di sekolah, cikgu anda hanya menumpukan perhatian kepada sesetengah pelajar yang cantik. Atau, anda gagal ujibakat/temuduga kerana kurang cantik berbanding rakan anda walaupun anda lebih berbakat. Atau, jawatan dalam persatuan atau kerja diberikan kepada mereka walaupun anda merasakan diri anda lebih layak.

Saya bukan anti terhadap golongan ini jauh sekali mempertikaikan kurniaan Tuhan kepada mereka cuma ini adalah apa yang saya lihat sepanjang pengamatan saya. Cuma saya berpendapat bahawa setiap manusia perlu diberikan peluang sama rata dan bukan hanya menilai kepada luaran. Masalahnya bukan apa, orang biasa seperti kini ini jugalah yang sebenarnya menjadikan golongan cantik/kacak ini 'istimewa'. Jika kita semua menganggap antara satu sama lain adalah setaraf, maka perkara sebegini tidak akan berlaku.

Tidak hairanlah mengapa produk kecantikan sangat laris dijual. Macam-macam produk aneh yang saya lihat di kaca TV; yang gemuk ingin jadi kurus, yang gelap mahu menjadi cerah. Dan bagi mereka yang semakin lanjut usia dan memiliki kemampuan akan mencuba botox dan pembedahan plastik bagi mengembalikan rupa asal mereka. Ada yang lebih ekstrem terutamanya bagi golongan wanita, sanggup melakukan implant untuk membesarkan sesetengah bahagian badan atau menggunakan khidmat bomoh untuk memasukkan susuk ke dalam tubuh mereka.

Dunia kini semakin menjurus kepada generasi yang superficial terutamanya dengan pengaruh media massa di sekeliling kita. Kita kini terbahagi kepada 2 jenis;

  1. Tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.
  2. Pedulikan apa yang orang lain cakap.
Apapun yang ingin anda lakukan terhadap diri anda, fikirlah terlebih dahulu baik dan buruknya kerana setiap perlakuan kita pasti ada pembalasannya.





Streamyx Buat Hal Lagi. Jom Ramai² Tunjuk Perasaan!


Bengang rasanya dengan perkhidmatan Streamyx. Saya tidak pasti samada ada antara anda mengalami masalah yang sama tetapi setelah hampir 6 jam menunggu barulah Internet di rumah saya ketika ini kembali pulih 80% pada tahap normal. Masalah yang saya alami adalah kesukaran mengakses laman web Google, Blogger dan yang seumpamanya. Yang peliknya website lain tidak mengalami gangguan walaupun agak perlahan berbanding hari biasa.

Saya cuba menghubungi TMNet Streamyx centre bagi mendapatkan penjelasan mengenai masalah ini namun tiada seorang pun operator yang sudi mengangkat telefon. Habis jugalah beberapa ringgit kredit telefon saya membuat panggilan tersebut. Jika anda pernah menghubungi talian hotline Streamyx, anda pastinya tahu bahawa terdapat mesej automatik yang memberitahu pelanggan di kawasan mana yang sedang mengalami masalah. Apa yang saya tidak puas hati adalah, mesej tersebut terlalu panjang dan tiada kena mengena dengan kawasan saya. Rugilah jika saya terpaksa menunggu 1 minit semata-mata mendengar mesej tersebut. Nampaknya TMNet cuba mengaut keuntungan dari orang ramai yang menghubungi talian hotline tersebut.

Sudah banyak kali saya mengalami masalah di mana pekerja TMNet seolah-olah makan gaji buta dan tidak mahu melayan panggilan pelanggan. Mustahil jika panggilan sibuk kerana saya menghubungi mereka selepas pukul 12 tengah malam dan berselang 1 jam setiap panggilan.

Apa yang lebih menyakitkan hati adalah, mereka melakukan pembaikian atau maintenance tanpa memberikan notis kepada para pengguna bilakah ianya akan berlaku. Bayangkan ketika itu kita sedang melakukan tugasan penting yang deadlinenya adalah pada hari esok. Saya sebagai pengguna membayar RM88.00 setiap bulan kepada TMNet tetapi masalah sebegini seringkali timbul. Patutkah rakyat Malaysia mengamalkan budaya seperti di Amerika iaitu pengguna layak menyaman syarikat yang gagal memenuhi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna?

Disebabkan kegagalan menghubungi TMNet Streamyx centre, saya menghubungi terus kepada Telekom Malaysia centre bagi mendapatkan penjelasan dan juga membuat aduan. Terima kasih kepada flyguy yang sudi mengajar saya bagaimana untuk menghubungi pejabat tersebut. Caranya adalah dengan mendail 100 menggunakan telefon rumah anda (land line) dan kemudiannya menekan butang 1. Anda akan disambungkan kepada operator Telekom.

Saya berharap agar Wimax akan melebarkan jalurnya ke kawasan saya dan pada masa yang sama meningkatkan mutu perkhidmatan terutamanya pada ketika cuaca buruk supaya wujudnya persaingan dengan TMNet Streamyx. Jika bukan kerana Wimax masih kurang stabil, saya tidak ragu-ragu bertukar kepada perkhidmatan tersebut. Biar ini dijadikan pengajaran kepada pihak TMNet Streamyx tentang bertapa pentingnya menjaga kebajikan pengguna. Kita bukan guna secara percuma, kita bayar setiap bulan dan perkhidmatan perlulah setimpal dengan apa yang kita bayar.





Anoop Dogg is BACK!


Woohooo!

Keputusan untuk Wild Card American Idol baru sahaja diumumkan dan seperti yang saya jangkakan, beberapa peserta yang menjadi favorite saya melepasi pusingan tersebut. Bagi yang mengikuti American Idol, anda pastinya mengetahui bahawa 8 peserta dipanggil semula semalam untuk membuat persembahan bagi pusingan Wild Card.

Pusingan ini bertujuan untuk membolehkan panel juri yang terdiri dari Simon Cowell, Randy Jackson, Paula Abdul dan juri baru, Kara Dioguardi memilih peserta kegemaran mereka ke pusingan seterusnya. Peserta-peserta ini telah terkeluar pada peringkat awal kerana tidak mendapat undi yang mencukupi pada pusingan sebelum ini.

8 orang peserta tersebut adalah: -

  • Von Smith
  • Jasmine Murray
  • Ricky Braddy
  • Megan Joy Corkrey
  • Tatiana Nicole Del Toro
  • Matt Giraud
  • Jesse Langseth
  • Anoop Desai
Saya sudah menjangkakan 3 orang yang bakal dipilih adalah: -
  • Anoop Dogg
  • Matt Giraud
  • Jasmine Murray
Anoop adalah peserta pilihan saya bagi pertandingan ini di mana beliau sebelum ini terkeluar dengan hanya 20,000 undi yang memisahkannya dangan Michael Sarver. Matt Giraud dan Jasmine Murray pula mempunyai masalah memilih lagu yang bersesuaian dengan suara mereka. Namun begitu, dalam episode terbaru, mereka membuktikan bahawa America melakukan kesilapan kerana tidak memilih mereka sebelum ini dengan persembahan yang bertenaga.

Namun begitu, tahun ini Simon Cowell membuat kejutan apabila memilih 4 orang dari pusingan Wild Card untuk mara ke pusingan seterusnya. 2 lelaki dan 2 wanita. Seorang lagi peserta yang dipilih adalah Megan Joy Corkrey. Saya merasakan keputusan ini dibuat berdasarkan rating terbaru American Idol yang jatuh mendadak dari segi bilangan penonton. Ada kemungkinan kehangatan rancangan tersebut pudar apabila beberapa peserta yang layak ke Top 12, sebenarnya tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

Saya sendiri agak bengang apabila Michael Sarver, Kris Allen, Scott MacIntyre dan Alexis Grace layak kerana terdapat beberapa lagi peserta yang lebih berbakat. Michael Sarver & Scott MacIntyre dipilih kerana kisah hidup mereka yang menyentuh perasaan. Alexis dipilih kerana rakyat Amerika tidak menyukai Tatiana Nicole Del Toro di mana format baru memerlukan seorang peserta wanita dari setiap pusingan. Manakala Kris Allen dipilih kerana rupa beliau.

Kemasukan semula Anoop Desai, Matt Giraud, Megan Joy Corkrey dan Jasmine Murray bakal menghangatkan semula pertandingan dan saya percaya salah seorang dari peserta ini mampu untuk merangkul kejuaraan. Cuma seorang lagi peserta yang saya agak kecewa apabila beliau tidak diumumkan untuk menyertai pusingan Wild Card iaitu Arianna Afsar. Saya harap beliau akan kembali dalam Season 9 nanti.





Sporting Lah Sikit!


(sumber: stacyaf6.blogspot.com)

Ahad lepas, saya sempat menonton sebentar konsert Jom Heboh di TV3. Technically, saya bukanlah menonton rancangan tersebut, kebetulan tertekan butang 103 pada remote control Astro. Saya agak terkejut sebenarnya melihat jumlah penonton yang hadir dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Saya di sini bukan untuk menyentuh isu moral siapa yang hadir ke konsert tersebut cuma agak pelik dengan gelagat penonton yang hadir.

Selepas artis yang melakukan persembahan (saya tidak berapa pasti siapakah mereka), tidak ramai antara penonton yang sudi memberikan tepukan walaupun saya percaya artis terbabit telah memberikan persembahan terbaik mereka.

Sebenarnya fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru, dahulu ianya berlaku di Akademi Fantasia.


(sumber: lina303.blogspot.com)

Saya bukanlah menyuruh mereka menjadi beruk terkinja-kinja tetapi cukuplah dengan tepukan dan sorakan gemuruh tanda penghargaan. Yang anehnya, masalah ini hanya berlaku pada event yang majoriti pengunjungnya Melayu sahaja. Adakah orang Melayu begitu malas sehinggakan tidak larat untuk menepuk tangan?

Come on! Kalau dah alang-alang pergi konsert, sportinglah sikit!





Hebat Sangatkah Belajar di Universiti?

(sumber: www.umac.mo)

Pernahkah anda terasa bahawa apa yang anda pelajari selama ini seolah-olah tidak praktikal dan membazirkan masa?

Setiap manusia memiliki cita-cita dan kerjaya impian. Bagi mencapai cita-cita tersebut kita belajar bersungguh-sungguh sehingga ke menara gading. Menara gading tu maksudnya sampai ke universiti, kolej dan sebagainya.

Saya sentiasa mempunyai dilemma mengenai pendekatan yang diamalkan dalam sistem pendidikan sedia ada. Masalahnya bukan apa, sebab utama saya melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti bukan sekadar ingin mendapatkan segulung sijil tetapi belajar selok-belok dan kemahiran yang melibatkan bidang yang saya minati.

Namun begitu, kebanyakkan pelajaran yang diajar hanya berbentuk teori dan bukannya praktikal. Contohnya saya berminat dengan Internet programming tetapi tidak banyak yang diajar di sana kecuali teori. Begitu juga dengan networking dan beberapa matapelajaran yang lain. Walaupun selain dari Lecture terdapat masa Lab, apa yang diajar sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi praktikal dengan peredaran zaman.

Nota-nota semuanya diambil dari buku teks di mana ianya diajar berulang-ulang kali kepada pelajar tanpa sebarang pengemaskinian dan yang lebih menyedihkan ada antara lecturer yang kurang pasti dengan apa yang mereka bentangkan. Yang anehnya, assignment tidak setara dengan tahap pengajaran mereka. Rungutan yang sentiasa saya dengari adalah, "mengajar macam hape, tapi soalan bagi susah-susah".

Dari pemerhatian saya, selepas tamat belajar ramai yang memilih untuk menceburi bidang yang tiada kena mengena dengan apa yang mereka pelajari. Ini berlaku samada mereka sudah hilang minat ataupun kemahiran yang mereka miliki tidak mencukupi untuk berhadapan dengan realiti.

Siapa yang hebat menghafal nota biasanya akan berjaya mendapat markah tinggi tetapi ada antara mereka yang tidak memiliki kemahiran langsung. Bagi yang berkemampuan, mereka mengambil kursus sijil contohnya bagi pelajar IT, kursus seperti Cisco, Microsoft, dan sebagainya untuk mempelajari sesuatu matapelajaran dengan lebih teknikal.

Kita sibuk bercerita mengenai PPSMI tetapi pada hakikatnya pelajar di universiti/kolej yang lebih hampir sebagai bakal pelapis negara tidak bersedia untuk menghadapi cabaran dunia sebenar.





Apa Sudah Jadi Dengan Sg Besi! Hampir 3 Jam Dalam Kereta!

Hari ini mencatat sejarah pengalaman paling buruk saya di atas jalan. Bukan sebab accident tetapi Kuala Lumpur mengalami kesesakan lalu lintas yang paling teruk saya alami. Sebenarnya saya mengaku ianya salah saya juga. Saya sepatutnya menggunakan lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya tetapi entah kenapa tiba-tiba bertukar fikiran last minute. Mungkin kerana memikirkan harga tol yang perlu saya bayar iaitu RM4.00 (dari Putrajaya ke Bulatan Kg Pandan)

Saya bertolak dari Cyberjaya tepat jam 5:40 petang dan disebabkan cuaca masih belum hujan saya ingin mencuba nasib melalui Seri Kembangan sebelum tembus ke Sungai Besi. Ketika tiba di persimpangan masuk ke Seri Kembangan, saya dapati kereta lebih banyak berbanding hari biasa, saya sudah mulai curiga tetapi cuba berfikiran positif.

Kira-kira jam 6:30 petang, saya mula memasuki Sungai Besi. Ketika itu saya agak berbelah bagi samada ingin menggunakan MRR2 ataupun Sungai Besi tetapi ketika sampai ke persimpangan memasuki MRR2 saya dapati traffik sudah mula sesak, jadi saya mengambil keputusan melalui Sungai Besi.

Pada mulanya traffik agak lancar tetapi apabila sampai berhampiran dengan persimpangan ke Desa Water Park jika tidak silap saya, kenderaan mula bergerak perlahan. Mulanya saya ingat, "biasalah tu Sungai Besi, sesak sedikit" tetapi 30 minit berlalu, kereta hanya bergerak pada jarak tidak sampai 2 km.

Disebabkan kebosanan melampau, saya sempat membaca buku "Why We Want You To Be Rich" oleh Robert Kiyosaki dan Donald Trump sambil memandu. Ops, terbongkar rahsia. Sempat juga saya menghabiskan 20 muka surat dalam keadaan kesesakan yang melampau sehinggalah senja menjelang.

Bukan apa, saya sudah terlalu bosan sehingga pada satu ketika terasa ingin keluar dari kereta dan berjalan kaki pulang ke rumah. Rasanya mungkin sudah tiba di rumah lebih awal. Bayangkan lagu Akon "Na Na Na" sudah dimainkan sebanyak 5 kali, manakala David Cook "Light On" 4 kali. Begitu bosannya keadaan pada waktu itu sehinggakan saya ada masa mengira jumlah lagu yang dimainkan.

Saya terdengar berita bahawa banyak jalan-jalan di Kuala Lumpur terutamanya berhampiran Pekeliling dilanda banjir manakala Bukit Bintang sesak dengan traffik tidak bergerak langsung.

Nasib baiklah saya tidak terasa ingin ke toilet kerana makan sedikit sahaja ketika lunch. Dan ada buku yang boleh dibaca bagi menghilangkan kebosanan. Saya tiba di rumah jam 9:25 malam. Tersangkut di Sungai Besi dari jam 6:33 petang sehinggalah 9:13 malam (kiralah sendiri berapa lama). Apalah malangnya nasib!





Ada Rakan atau Tiada Rakan. Yang Mana Lebih Baik?

Hari ini hidup agak membosankan bagi saya. Kerja, kerja dan kerja yang semakin bertimbun. Ditambah dengan sakit belakang akibat salah posisi tidur. Tiba-tiba terasa macam orang tua pun ada.

Kebelakangan ini saya agak kurang memberi tumpuan kepada berita semasa kecuali sukan. Bukan apa, sejak saya mengambil keputusan untuk tidak menulis mengenai isu politik tempatan di blog ini, berita di surat khabar utama banyak menerbitkan artikel yang agak membosankan. Jadi, saya rasa keputusan untuk bersara dari politik adalah tepat.

Disebabkan kekurangan idea, saya ingin bercerita sedikit mengenai pengalaman hidup saya.

Walaupun di luar saya gemar berkenalan dengan orang baru tetapi saya cukup teliti dalam memilih dalam mereka yang berada di sekeliling saya. Bukan sombong tetapi bagi saya, kualiti lebih penting dari kuantiti. Buat apa rakan berjuta tetapi apabila kita ditimpa masalah seorang pun tak sudi menghulurkan tangan membantu. Betul tak?

Disebabkan tabiat sebegini, saya banyak meluangkan masa bersendirian baik di rumah mahupun di luar. Saya adalah jenis yang tidak kisah dengan apa orang lain kata berbanding beberapa kenalan saya semasa di universiti dahulu. Ada antara mereka yang tidak mahu makan bersendirian di luar kerana tidak mahu di chop sebagai "anti-sosial" ataupun "social outcast".

Pada saya tiada apa salahnya, bukannya kita makan free atau mencuri.

Ke mana pun saya pergi, nasihat ibu saya sentiasa pegang "Pergi mana-mana pandai-pandai bawa diri dan jangan kacau orang lain". Saya percaya ibu bapa anda pun mungkin memberikan nasihat yang hampir serupa.

Tambahan pula sekarang ini, macam-macam jenis orang ada. Beberapa tahun kebelakangan ini banyak kes jenayah terutamanya melibatkan pergaduhan yang akhirnya membawa kepada kecederaan dan kematian terutamanya dari golongan remaja. Bergesel bahu pun boleh menyebabkan pergaduhan apatah lagi jika anda cuba untuk 'menekel' teman wanita mereka.

Entahlah, nampaknya pelapis masa depan negara ini tidak nampak begitu meyakinkan. Inilah agaknya yang berlaku apabila pembangunan negara tidak selari dengan pembangunan sahsiah penduduknya.



Bangsa Melayu terutamanya nampak begitu lemah kini. Yang muda sibuk berhibur tidak kira siang malam, Jom Heboh sana Jom Heboh sini. Yang tua pula sibuk dengan politik, kempen sana kempen sini. Sudahnya habuk pun tak dapat.



Saya bukan bercakap tanpa asas. Buktinya, saya ke Youth 09 tahun ini dan perasmian GEW 09 dan hanya beberapa kerat sahaja anak muda Melayu yang berminat untuk hadir. Sampai bila fenomena ini akan berterusan saya pun tidak pasti.

Mungkin anda tertanya apakah hubung-kait di antara masalah social dengan pengalaman saya tadi. Sebenarnya ada. Rakan-rakan di sekeliling anda memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri kita. Jika rakan-rakan di sekeliling anda gemar berhibur, anda juga akan mengikut tabiat yang sama.

Semasa saya di kolej, kebanyakan rakan-rakan saya gemar melepak tidak kira siang malam. Pada mulanya saya tidak terikut dengan tabiat mereka tetapi lama-kelamaan ia mula menjadi satu kebiasaan bagi saya. Keluar pagi, balik sampai lewat malam. Walaupun saya tidak terlibat dengan gejala rempit, dadah, arak dan sebagainya, masa yang saya ada dibazirkan begitu sahaja.

Sebab itulah saya katakan bahawa memilih rakan-rakan adalah penting kerana samada anda sedar ataupun tidak, ianya akan mempengaruhi hidup dan masa depan anda.





Q & A Dengan Artis Malaysia

Q: Apakah pendapat anda apabila orang ramai melabelkan anda sebagai seorang artis yang seksi?
A: Pada pendapat saya, sebenarnya saya ni bukanlah seksi sangat, cuma seksi yang baik.

Q: Apakah pendapat anda apabila orang ramai melabelkan anda sebagai seorang artis yang liar?
A: Eh, mana boleh cakap macam tu. Jangan lihat luaran saja. Iman di dalam.

Q: Apakah perasaan Cik A apabila memenangi anugerah ini?
A: Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang menghadiahkan anugerah ini kepada saya.