"Saya Nampak, Saya Tulis, Anda Baca, Anda Komen!"
Percaya atau tidak, setiap manusia sebenarnya dianugerahkan dengan kurniaan dan bakat masing-masing. Anda mungkin pernah mendengan ungkapan tersebut tetapi sukar untuk mempercayainya kerana tidak ramai antara kita yang sedar dengan kelebihan kita.
Ada yang pandai menyanyi, petah berkata-kata, menari, bersukan, berlakon, menulis dan macam-macam lagi. Kelebihan yang saya senaraikan sebentar tadi mungkin boleh dianggap sebagai anugerah mainstream di mana ianya diiktiraf tidak kira di mana jua anda berada.
Persoalannya, sekiranya anda tidak memiliki kelebihan yang saya sebutkan tadi, di manakah kekuatan sebenar anda? Malangnya, saya tidak boleh menjawap soalan itu untuk anda. Anda sendiri perlu mengenalpasti bakat terpendam anda.
Bagi diri saya, saya percaya bahawa saya dikurniakan anugerah instinct yang baik. Walaupun bunyinya agak corny tetapi saya percaya bahawa saya memiliki kelebihan tersebut. Pepatah Inggeris ada mengatakan bahawa "Don't judge a book by its cover" tetapi biasanya gerak hati saya apabila bertemu orang baru sentiasa tepat. Biasanya dalam masa 5 - 10 minit saya boleh merasakan nature seseorang walaupun bukan secara spesifik dan lebih daripada 95% daripada jangkaan saya adalah tepat.
Contohnya, saya pernah tinggal bersama seorang rakan yang saya gelarkan A. A memiliki perwatakan yang disenangi ramai dan jarang sekali meninggalkan solat. Kiranya, A agak dipercayai ramai tetapi saya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena tetapi tidak pernah menyebut tentangnya kepada sesiapa. Pada satu hari, A mengajak rakan-rakan menyertai suatu program yang dikendalikan oleh syarikat keluarganya. Ramai yang percaya dan menyertainya berdasarkan perwatakan A di mana modalnya adalah beberapa ribu. Puas A mengajak saya tetapi ada sesuatu di hati saya mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena walaupun A nampak jujur. Beberapa bulan kemudian, A berhenti belajar dan lesap dengan duit rakan-rakan.
Selepas dari itu, saya begitu berhati-hati apabila memilih rakan terutamanya apabila melibatkan wang.
Berbalik kepada cerita bakat, setiap manusia memiliki bakat berbeza. Contohnya, kebanyakkan billionaire tidak memiliki bakat menyanyi tetapi mereka masih mampu untuk berjaya. Ini kerana mereka mengetahui bakat yang dimiliki oleh mereka dan menggunakannya dengan semaksima yang mungkin.
Sepanjang usia saya di muka bumi ini, saya sudah bertemu dengan ramai orang. Ada antara mereka yang tahu bakat mereka dan ada yang tidak. Yang menyedihkan adalah mereka yang tidak menyedari bakat mereka walaupun ianya sangat jelas. Walaupun bunyinya agak kejam tetapi saya tidak akan memberitahu apakah bakat terpendam mereka walaupun saya tahu. Bukan apa, jika mereka tidak menyedarinya sendiri, mereka tidak akan menghargai bakat tersebut dan mungkin menyalahgunakannya.
Sudahkah anda mengenalpasti bakat anda?







Inilah yang terjadi apabila anda kahwin awal. Tengok je ke Abg Beckham kita nie? Jangan sampai skandal baru keluar sudahlah. Walaupun Milan terkenal sebagai fashion centre dan model-model menawan tetapi ianya lebih selamat buat Victoria Beckham berbanding di Los Angelas.
Adakah ini sebab mengapa Victoria Beckham beria-ia ingin berpindah ke Milan?

Seperti biasa, pagi ini saya ke restaurant mamak bagi membeli breakfast. Hari ini menu pagi saya adalah roti canai biasa dan roti canai telur. Sambil menantikan makanan tiba, saya sempat melihat fenomena yang sentiasa berlaku di restaurant mamak.


Nyamuk
Kebelakangan ini, kawasan tempat tinggal saya tiba-tiba sahaja dikerumuni oleh nyamuk yang saya tidak pasti dari mana datangnya. Setiap kali menyembur racun serangga, lebih dari 20 ekor nyamuk bertaburan di lantai. Itu baru ruang tamu sahaja, kalau dicampur dengan bilik-bilik dan dapur, sekurang-kurangnya ada 50 ekor. Rumah saya sudah umpama pusat penternakan nyamuk. Masalahnya, saya sudah memeriksa di sekitar rumah saya dan tiada satu pun bekas berisi air menjadi tempat nyamuk bertelur.
Menyembur racun serangga bukanlah suatu yang sukar, tetapi apa yang saya kurang gemar adalah, lantai rumah menjadi melekit selepas itu.
Ada sesiapa mengalami masalah yang sama seperti saya?
Penyakit
Kebelakangan ini saya diserang pelbagai penyakit, beberapa minggu lalu, batuk berterusan sehingga saya terpaksa melakukan pemeriksaan X-Ray bagi memastikan saya tidak dijangkiti TB. Penyakit ini bukanlah sesuatu yang common di Malaysia tetapi kemasukkan pendatang tanpa izin telah menyebarkan penyakit ini. Nasib baik hasil pemeriksaan adalah negatif.
Petang semalam, saya diserang sakit kepala dan terpaksa tidur dari petang sehinggalah terjaga pada lewat malam. Panadol Activfast pula sudah kehabisan stok.
Cuaca
Minggu lalu, cuaca pada sebelah petang seringkali mendung dan kadangkala hujan. Minggu ini, cuaca agak panas sehinggakan bahangnya dapat dirasai pada sebelah malam. Mungkin faktor cuaca juga yang menyebabkan saya berasa pening kepala.
Esok saya akan ke Cyberjaya. Harap-haraplah cuaca di sana tidak sepanas di Kuala Lumpur walaupun harapan tidak terlalu tinggi berdasarkan pengalaman lepas.









Saya rasa mungkin ramai antara anda yang telah mengetahuinya tetapi saya tetap ingin berkongsi dengan mereka yang masih belum pernah membacanya. Di atas adalah komen dari artis terkenal Hollywood mengenai isu Israel dan Palestine.
Jadi, selepas ini jika anda ingin menonton mana-mana filem yang dibintangi oleh artis-artis berikut, fikir dahulu sebelum membeli tiket wayang. Wang tiket anda mungkin digunakan oleh artis-artis tertentu bagi disalurkan kepada Israel.
