Nov 22, 2008

Generasi Wawasan 2020: Hanya Sebuah Angan-Angan Atau Kenyataan?

Boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu saya akan ke Bukit Bintang tidak kira samada sekadar berjalan-jalan atau ada sesuatu yang ingin dibeli di Plaza Low Yat / Sungai Wang. Mungkin disebabkan jarak antara rumah saya dengan Bukit Bintang tidak begitu jauh dan hanya mengambil masa kurang dari 15 minit jika tiada kesesakan lalu-lintas.

Kebetulan hari tersebut sama merupakan hari di mana FlyFM 3rd Fly-Niversary diadakan di 1 Utama. Oleh sebab itu, tanggapan saya adalah Bukit Bintang akan lengang kerana orang ramai terutamanya golongan remaja akan berkumpul di Central Park Avenue.

Memasuki kawasan berhampiran dengan Pavilion, pergerakan lalu-lintas tiba-tiba sahaja bergerak agak perlahan seolah-olah ada sesuatu yang berlaku di hadapan. Walaupun ianya hari Sabtu tetapi berdasarkan pengalaman saya biasanya pada pukul 4 petang ke atas, jarang sekali berlaku kesesakan lalu lintas. Tekaan pertama saya adalah: -



Cuma masalahnya adalah tiada tow truck atau polis trafik di kawasan tersebut, maka tidak mungkin berlaku kemalangan jalan raya. Jadi, tekaan seterusnya adalah kemungkinan besar ada event yang sedang berlangsung di kawasan sekitar. Ternyata sekali tekaan saya tepat: -



Biasanya saya tiada masalah dengan sebarang event/party/concert kerana saya mengaku yang saya sendiri bukan alim. Namun begitu, kali ini saya terpaksa membantah dan menegur pihak HotFM supaya tidak lagi mengadakan konsert di kawasan Bukit Bintang.

Ingin tahu mengapa?





Muka-muka inilah yang kononnya menjadi pelapis kepada generasi sekarang bagi membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020. Yang lebih memalukan adalah kesemua mereka adalah orang Melayu (tidak nampak pula bangsa lain dalam gambar ini). Tidak hairanlah mengapa bangsa lain terutamanya Cina memandang rendah orang Melayu. Lihat sahaja perangai mereka tidak ubah seperti _ _ _ _ _! (isikan sendiri)

Cuba bayangkan apa agaknya tanggapan orang luar (pelancong) tentang kelakuan sebegini?

18 comments:

  1. uhuk....owang melayu mmg dah tak betol dah sekang nih... tgk ajelah...menteri-menteri kite *opssss*... hehe

    ReplyDelete
  2. BERUK...TERUK...BURUK...BUSUK...bukan nak hina bangsa...tapi inikah maksud Barrack Obama yang ingin mencontohi konsep Hadhari negara kita? Rasanya tak perlu dia datang kesini...sebab nampak sama jer dengan perangai depa...

    ReplyDelete
  3. X reti2 jaga tingkah laku sendiri.. sbb dh terpengaruh budaya luar..

    Apsal sblm2 sy type.. tetiba ilang2 yea? cm kena refresh je.. nanti komen lain

    ReplyDelete
  4. biasa lah tuh..sbb tu jalak jarang keluar..dulu siap ade oang mati jatuh bangunan sbb tengok concert..in front of my eyes..melayu..punk..dan mabuk..tu je lah..harap2 bangsa melayu kite nih sedar..jauh kan lah anak2 dari gejala2 mcm nih..bagus slumberaja sbb post benda2 nih..sy support anda..

    ReplyDelete
  5. oh, inilah dia generasi Islam Hadhari..

    ReplyDelete
  6. aku pn ada gak layan konsert2 zaman dulu..tp xde la gaya cam kutu berahak camtuh..aper la nak jadi ngan malaysia ni beb...

    ReplyDelete
  7. hahaha...
    aku x pelik..
    sbb aku tgk tv org bersidang memekik lolong..kutuk mengutuk..
    jadi golongan muda pun tiru la..

    ReplyDelete
  8. Dasyat! Semakin takut tengok remaja-remaja skang ni..saya pun dah jarang keluar sekarang, tak sanggup tengok derang~

    ReplyDelete
  9. heh... anak sapa le tu...
    org melayu akan terus melayu jika xde jatidiri dan pikirkan masa depan...

    apsal le nk buat parti ni kt BB tu .. hot FM ni pon satu... ish3

    ReplyDelete
  10. tu tengah syok layan lagu kat hot fm tuh...
    heh! ni post pakai laptop baru yek..ekekeke

    ReplyDelete
  11. Isk, isk..mmg patut pun bantah event cenggini. Malu tengok dorang sumer tuh...apa ah..bikin malu anak bangsa sendiri. Bila lah kita nih bebas dari gejala2 cenggini nih..Mengganggu mental owang lain..kan?

    ReplyDelete
  12. Menarik.. cara penulisan yang menarik.. membuatkan kita nak baca lebih lanjut :D

    Hmm..buat malu je kalo pelancong asing tgk anak-anak muda kita.. aish

    HOT Fm buat event ape kat situ?

    ReplyDelete
  13. pendengar hot fm kan rata2 melayu... memangbetul kata hang tuah tak kan melayu hilang di dunia sebab yg hilang adalah maruah melayu itu...

    ReplyDelete
  14. cam sial!
    Posing xtentu hala....pe le paedahnya...
    Aku suka ko wat posting gini.(lain kali xyah hitamkan mata depa tu...bior je.Cam sial!!!!

    ReplyDelete
  15. Orang kampung dapat pegi bandar..biasalah. kejutan budaya

    ReplyDelete
  16. yeah..S E T A N!
    takot plak nak start belaja kat kl nnt..huhuhh..

    ReplyDelete