Oct 27, 2008

Jangan Main Belakang!



Saya tidak pasti sama ada ini adalah pengaruh negatif dari negara barat ataupun ianya telah menjadi sifat semulajadi seseorang tetapi semakin lama semakin ramai yang tampil dan mengakui diri mereka homoseksual (gay). Suka ataupun tidak, trend ini sudah makin menular dalam masyarakat kita di Malaysia.

Bayangkan jika anda (lelaki) sedang membuang air kecil di tandas awam dan golongan ini berada di sebelah anda tetapi sedang memerhatikan gerak-geri anda. Begitu juga situasinya jika anda berada di bilik persalinan di gym atau kompleks renang.

Bagi golongan yang dilahirkan "dua alam" (kunsar), saya tidak mempunyai masalah dengan mereka kerana pada pendapat saya, mereka dilahirkan di dunia ini dalam keadaan yang boleh dianggap sebagai handicap di mana mereka tiada pilihan lain selain menerima dengan redha dan seadanya. Manakala bagi pasangan gay, mereka dilahirkan dengan cukup sifat sebagai lelaki tulen tetapi memilih untuk menyukai sesama jantina.

Saya berpendapat bahawa perbuatan jijik ini umpama suatu penghinaan dan cubaan untuk melawan hukum alam yang ditetapkan oleh Allah. Persoalannya, apa kurangnya dengan kaum Hawa yang diciptakan dengan sifat bagi "melengkapkan" kaum Adam sehingga mereka memilih sesama jantina sebagai pasangan kekasih?

Jika yang terjebak dalam gejala kurang bermoral ini adalah bukan Islam, mungkin boleh diterima lagi tetapi malangnya ada antara mereka adalah umat Islam. Tidakkah mereka belajar tentang azab yang ditimpakan ke atas kaum nabi Luth di mana bumi diterbalikkan?

Dalam kes di atas, bayangkan betapa kecewanya hati isterinya yang telah hidup bersama selama 21 tahun dan dikurniakan 4 cahaya mata. Bagaimana pula perasaan anak-anak mereka apabila mengetahui yang ayah mereka rupa-rupanya "kaki main belakang"?

Apakah tindakan kerajaan Malaysia yang terkenal dengan konsep Islam Hadharinya dalam menangani masalah sebegini?


(sumber: http://www.gaymalecam.com)

15 comments:

CuTeMiUt78 said...

isu yg blh dikatakan sensitif.. eemmmm...pastinya isteri dan anak2nya akan berasa kecewa ngan tindakan ayah mereka itu.. sungguh memalukan..

syafira said...

belom terbace this articel dalam metro..huhu siapa sangka umur sudah veteran tp....nauzubillahminzalik..

Erinsza said...

rasa begitu jahil dunia ade separuh insan yg berpendirian sedemikian.

kesian nasih ISTERI & ANAK.

salam perkenalan dari akak. boleh kite tukar link.

zulsa said...

Assalamualaikum...

Cetusan rasa homo ini bagi saya satu cetusan yg memerlukan masa dan ada pengaruh mempengaruhi seseorg utk Homo.

Perkara ini tidak boleh berlaki dalam sekelip mata.

Walaupun dia khunsa, pasti naluri seks nya terbina pada zaman remaja, buka takala umur yg senja.

Disini pegangan agama menjadi tiang keimana seseorg. hilang atau patah tiang ini maka hancur kehidupan manusia.

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

hish..geli sungguh rasanye...

camne perasaan leh jadi camtu ek...
sbb kurang iman atau ada masalah lain..hmmm...ntahlah dunia skrg nie...makin menunjukkan tanda nak kiamat...

IdaShah said...

dunia akhir zaman..

reena said...

eee...yaks...

:: Cikgu Wiween :: said...

errk..ngeri baca psl homo nih. nabi x ngaku umat. mtk jauh...

middaygeo said...

"terkenal dengan konsep Islam Hadharinya" ????
konsep jer semata2 ok.. pelaksanaan & penghayatan aku rasa tak ke mana pun

dBagHaNi said...

ahak!!no komen wehhhak3...
alamak!ade plak nom ekor tu.....

smaelz said...

bengong sungguh aku rasa org tuh.. dah ada isteri pon masih xleh nak ikut jln betul..

♥corcraze♥ said...

macam dlm "Brokeback Mountain" lakonan mendiang Heath Ledger tu??
mcm kena buat sesuatu lah utk org2 camni..
kdg2 diorg ni ada mcm NGO yg sokong org2 mcm ni..yg i tau kat UK lah.
kat malaysia kalu ada,nauzubillah!

EiNS said...

Bangsat tol golongan ghey nih...mampus lg elok...mencemar bumi je

Anonymous said...

perasaan seperti itu bukan disebabkan pengaruh dari luar..atau dijadikan trend..ianya bukan fesyen atau music..ianya lahir dari hati sendiri..masalah ini x akan dapat dibendung..lihat lah masalah "rempit" dah berapa tahun nk basmi? x berjaya jgk..rempit still alive..tapi,skg ada pulak filem2,cerita dan iklan mengenai rempit di media,lg meggalakan tren2 ini kepada generasi seterusnya...nk buat cam mane tu?

sama juga seperti golongan2 ini..
zaman sekarang ni..just kene jaga n betulkan diri sendiri je..x perlu nk kusut2 pasal org len..biarkan kelekaan kuasa2 yg berkenaan..bergerak pun sama,tido pun sama..masih ada golongan yg di anggap bermasalah ni..

kalau difikirkan positive..golongan gay,or lesbian n ladyboy..ada yg membantu membangunkan negara..sedar x sedar je..x semua ladyboy melacur..tukar kaca mata anda...sampai bila2 golongan ini xkan hilang..

pali said...

bro,gua nk komen jap komen yg ananymous nih...

'kalau difikirkan positive..golongan gay,or lesbian n ladyboy..ada yg membantu membangunkan negara..sedar x sedar je..x semua ladyboy melacur..tukar kaca mata anda...sampai bila2 golongan ini xkan hilang..'

mmg xkn hilang cz dr zaman nabi Luth lg mslah ni direkodkan.
mmg ada yg membangunkan negara,even klu yg terjebak ngn sex industry pn,still akan ckp 'kami jua membantu memacu sektor ekonomi malaysia' tp,slh ke x menda tuh?
aku owez ingt,MATLAMAT x MENGHALAKAN CARA..tu je...
btul..kita pk +ve,tp,klu bab yg mcm nih,klu kita asyik pk +ve,akn jd cm hg ckp,cm isu rempit.so,bersediakah kita nti nk hidup dlm 1 komuniti yg dilaknat?nauzubillah...w'pn smakin aku bka mata tiap pg,makin truk komuniti kita ni jadik...
nk tnya la kt sapa2 pn,cmna perasaan hgpa sbg sorg ketua keluarga 1 day,tp,ada anak2 hgpa yg trjebak ngn menda nih?n dia adalah seorg ank yg berjaya membantu membentuk negara malaysia nih..mampu berpositifkah kita sbg sorg ketua keluarga?