Sep 4, 2008

Memilih Rakan: Kualiti atau Kuantiti?

(sumber: superstock.com)

Saya merupakan seorang yang senang berkawan tidak kira samada orang itu lelaki dan wanita, cantik atau hodoh, tinggi atau rendah, kurus atau gemuk, putih atau hitam. Saya memiliki rakan-rakan dari pelbagai kaum, agama, jantina dan negara. Saya percaya pembaca semua pernah mendengar pepatah berikut,
"berkawan biar seribu berkasih biar satu"
(sumber: photobucket.com)

Tetapi persoalannya adalah, pada zaman intelektual ini dengan bermacam-macam jenis orang dan ragam, bagaimanakah anda memilih siapa yang boleh menjadi kawan anda?

Walaupun saya hidup tidak sampai suku abad, tetapi saya telah bertemu dengan bermacam-macam jenis manusia dan melihat kerenah mereka. Bukanlah tujuan untuk memburukkan sesiapa tetapi ianya sebagai pengajaran supaya anda tidak melakukan kesilapan yang sama.

1) Tikam belakang

Pernahkah anda mempunyai rakan yang pandai bermuka-muka. Untuk yang kurang faham apakah maksudnya, bermuka-muka bermaksud orang yang suka berpura-pura iaitu di depan anda dia kononnya kawan yang paling baik tetapi di belakang anda dia menyebarkan cerita buruk tentang anda.

2) Bersifat perkauman

Pernahkah anda memiliki rakan sebegini? Saya sendiri sukar percaya kerana selepas 51 tahun kemerdekaan negara ini, masih lagi ada segelintir manusia yang bersikap sebegini. Sebagai rakyat Malaysia saya tahu tentang remark setiap kaum utama di negara ini;
Orang Melayu - malas
Orang Cina - tamak
Orang India - tidak boleh dipercayai
(sumber: myprivatethots)

Maaf jika ada yang terasa tetapi kita semua tahu tentang remark ini. Saya tidak faham mengapa ada sifat prejudis seperti ini padahal juga orang Melayu yang tamak dan tidak boleh dipercayai, ada orang Cina yang malas dan tidak boleh dipercayai serta ada orang India yang malas dan tamak. Jadi tidak seharusnya kita menggunakan alasan ini untuk menghina sesiapa. Kita hidup sebumbung dan sepatutnya membantu antara satu sama lain dan bukannya mencari kesalahan masing-masing.

3) Kuat menipu

Bagaimana jika suatu hari anda dapati semua benda yang diceritakan oleh rakan anda adalah pembohongan atau rekaan semata-mata? Saya percaya semua antara kita pernah menipu atas alasan masing-masing tetapi jika seseorang sentiasa berbohong maka ianya merupakan sifat semulajadi individu tersebut.

4) Panas baran

Perasaan marah kadangkala berlaku di luar kawalan kita dan saya sendiri faham kerana saya bukanlah seorang yang sempurna. Namun begitu, jika benda kecil pun boleh dijadikan isu besar dan menyebabkan pergaduhan, saya sukar menerima orang sebegini sebagai rakan.

5) Mencarut

Saya memiliki rakan yang boleh bertutur dalam bahasa malaysia, inggeris, cantonese dan tamil tetapi malangnya semua yang dipelajarinya adalah perkataan lucah. Sebagai orang muda, saya tidaklah terlalu kisah jika seseorang itu mencarut terutamanya jika dalam keadaan marah tetapi jika ketika sembang-sembang kosong pun perlu mencarut, ia tentunya menjadi tabiat yang kurang baik. Bayangkan apakah perasaan orang di sekeliling (pakcik-pakcik dan makcik-makcik) yang mendengarnya.

Jadi apakah pilihan anda? Kuantiti atau Kualiti?


31 comments:

  1. mind the quantity... it's the quality that count.. hehhe

    Adry @ http://www.adrysabry.com/

    ReplyDelete
  2. me? of course quality...
    quantity bukan satu keperluan dlm berkawan...banyak2 pun belum tentu ada di samping kita selalu kan?

    ReplyDelete
  3. quality...
    kwn ramai pun tak sEmEstinya bleh dijadikan sahabat...
    kadang-kadang orang yang kiter terlalu percaya itu lah bakal mengecewakan kite...
    kadang-kadang org yang kiter tak brape nak ambil tau itu lah yang sentiasa ambil tau pasal kiter..
    so, renung²kan lah...

    ReplyDelete
  4. Quality.. saya akui kawan baik saya boleh dibilang dengan jari shj.

    ReplyDelete
  5. Kadang2 kita rasa ramai sangat kawan kita..TAPI, suatu masa kita rasa macam kita tak ada kawan langsung..

    ReplyDelete
  6. kadang² kita perlu jugak berkasih lebih dari satu.heh!

    ReplyDelete
  7. jgn memilih kawan... :
    berdasarkan luaran..

    jgn juga pilih kawan.. yg tah hape2 entah..

    ReplyDelete
  8. kawan beribu pun kadang-kadang bila time kita susah sorang pun tak namapak batang hidung huhu...sadis2

    ReplyDelete
  9. ha betul la komen2 tuh..kualiti mmg lg penting dr kuantiti...

    ReplyDelete
  10. Saya memang mementingkan kualiti. Apa yang penting, selagi kita tak ganggu dunia orang lain, kita diam jer lar..Bagi saya, diam lebih baik daripada berkata2. Lebih suka duduk diam2 kat opis, tak campur ngan orang lain. Takut disalah ertikan....(banyak sangat pengalaman cam nih!)

    ReplyDelete
  11. of course la quality yunk....
    skang neh duduk 1 bilik pown belum tentu leh percaya.. =)

    ReplyDelete
  12. adik beradik, sedara mara pun belum tentu lagi, inikan pula kawan2..

    ReplyDelete
  13. yeah...quality is the best choice..

    kawan memang ramai tapi kawan yg betol2 boleh bersama2 waktu susah dgn senang adalah sorang dua je.

    ReplyDelete
  14. i thinks its quality... ckit kawan pun xpe asal kwn tu betul2 mempunyai kualiti yg terbaik...

    ReplyDelete
  15. anyway, saya lebih tak suka bila ada kawan yg terlupa nk menghargai jasa baik kita kat dia..*sigh*

    ReplyDelete
  16. I go for quality and I think the more the quantity,the more problem will arise because of this so-called friends....neway,its hard to find true friends nowadays.... I prefer to follow the flow of life instead of choosing the friends n get hurt in the end...sigh.

    P.S.I would suggest it's better if you turn off the word verification thingy.Terima Kasih.

    ReplyDelete
  17. berkawan biar berjuta, berkasih biar beribu, bersuami biar satu....wakakaka

    ReplyDelete
  18. Hi Bro,

    Bagi saya tak kira apa jua kawan kita, kita kena iklas berkawan walaupun ia cuba mengambil kesempatan terhadap kita..

    salam,

    ReplyDelete
  19. of course quality..sebabnya ade pelbagai jenis kawan..So, kite seharunya memilih sebaiknya..

    ReplyDelete
  20. i choose quality juger, mayb sewaktu ketika remaja, i choose quantity.. tetapi setelah macam ragam ader , pengalaman bagai2 so now setelah jiwa sdeket matang quality mnjadi pilihan utama ..

    but not everybody perfect ..
    keep this in mind -- sebelum kita cari rakan yg kualiti agak tinggi, jadikan diri kita sdiri dahulu berkualiti :)

    ReplyDelete
  21. i choose quality...kwn yg bersama2 kite x kire time kite susah ataupon senang...that is wat frens for...

    peace!

    ReplyDelete
  22. sy suke mencarut...so maafkan saya ye encik=)

    ReplyDelete
  23. saya pilih kuantiti..nobody is perfect. Andaikata Rasulullah taknak berkawan dgn Abu Bakar, Abu Dzar, Ali dll sebelum diorang Islam..jwabnya tak tersebar Islam..

    ReplyDelete
  24. Lanun pun ada macam2 perangai... susah nak handle

    ReplyDelete
  25. aih...aku nak due2..amacm>??
    ahhaah!bagi aku,kualiti...tpi dpt kuantiti pon ok gak..
    kwn 1 ni wat hal,aku lari kawn lain...die wat hal,aku lari lagi dan gitu la je idup aku.mcm pelarian lak kan?tpi tu masa aku suke cari kawn...

    skunk,aku ubah lak...aku duduk diam2...aku kwn jer spe2....aku join je mana2.....sape nak kawn ngn aku
    aku buka pintu,tpi aku ni dlm diam PILIH kawn gak....
    aku paling benci org yng kau tulis tu....dan aku ckp
    aku skunk mmg x da kwn....
    idup sendiri ngn family aku,pkwe aku&sahabat aku....die sorng jer sahabat aku...hehe..len2,datang&berambus...
    cm 2 la kisah idup aku dlm mencari kwn..hehehee...
    janji idup aku die x kacau,aku x kacau idup die...

    ReplyDelete
  26. mestilah kualiti...

    tak gune ade setuja kawan tp takde sorang pun sahabat =(

    ReplyDelete
  27. Tentulah kualiti! Seperti pepatah "A friend in need is a friend indeed". Kawan yang "tulen" akan senantiasa bersama and tidak kira pada waktu senang ataupun pada tempoh yang duka! Saya bersyukur kerana saya masih mempunyai beberapa rakan-rakan karib yang sejati yang selalu sedia membantu saya! =)

    ReplyDelete
  28. Quality is the best policy...
    But sometimes your eyes can deceive you, so don't trust them solely...
    Most of the time use your blain...

    ReplyDelete
  29. sy cadangkan kwn yg berkualiti sebab 2 org kwn yg berkualiti yg bijak & kuat bole menglhkn 200 org

    ReplyDelete